| APA
KATA WANITA...bersama Zamzarina TV1 Setiap Sabtu 11:00 pagi, Secara Langsung Ulangan Setiap Jumaat 2.00 petang |
![]() |
Segmen luahan dan nukilan penulis blog 'Salina' mengenai pengalaman kehidupan yang dilalui beliau.Ikuti Blog Skaf Merah Jambu
Berminat, hubungi Cik Farah / Cik Etty di 03-2288 7011
Kuiz Mingguan: 16 Jan 2010
Tahniah kepada Pemenang
Soalan: Nyatakan judul buku yang ditulis oleh To' Puan Rosita -
Jawapan: B) Kulit Manis
Pemenang Pertama RM300
Nama : Harina Abd Rahman
Alamat : Taman Kosas, Selangor.
Pemenang Kedua RM150
Nama : Nurul Ain Wahid Ddin
Alamat : Kg. Bahagia Batang 3, Melaka.

APA KATA WANITA...bersama Zamzarina musim kedua bermula pada 1 Nov 2009 dan memaparkan beberapa segmen baru.
Di antara segmen tersebut adalah Dari Dapur Zamzarina yang membincangkan tips penyediaan pemakanan sihat dan juga ubatan tradisional (home remedies).
Juga dalam edisi baru terdapat segmen Skaf Merah Jambu iaitu catatan kisah seorang blogger wanita bernama Salina.
Selain itu terdapat segmen Kerja@Rumah iaitu paparan wanita yang menjalankan perniagaan atau perkhidmat dari rumah. Satu e-komuniti telah ditubuhkan untuk mengabungkan usahawan Malaysia yang mempunyai kerjaya atau perniagaan online, samada secara sepenuh masa atau sambilan iaitu di MDOL United (Moms & Dads OnLine)
Segmen Produk Pilihan Zamzarina pula memaparkan produk-produk atau servis menarik yang bersesuaian dengan penonton AKW.
Selain itu segmen Personaliti diteruskan dimana setiap minggu seorang personaliti wanita yang berjaya akan dijemput ke studio untuk ditemubual dan berinteraksi dengan penonton AKW.
AKW juga mahu berkongsi maklumat dan menggalakkan penonton untuk berinteraksi melalui laman web dan SMS dan penonton turut diundang untuk menjadi penonton di studio dan turut serta di dalam bual bicara sepanjang program berlangsung!
Edisi pertama AKW telah bermula sejak 2 Januari 2009.
Pengacara
Zamzarina berpengalaman luas dalam mengacarakan rancangan bual bicara sejak hampir sedekad lalu. Beliau juga seorang wartawan penyiaran di Bilik Berita TV, RTM dan pernah menerbitkan rancangan pemberitaan. Berpengalaman membuat liputan khusus mengenai ekonomi, politik dan parlimen. Kini beliau juga merupakan penyelidik dan perunding kandungan dan terlibat sebagai penerbit bersekutu kepada rancangan Apa Kata Wanita.
Sepanjang pengalaman di bidang penyiaran, beliau telah mengemudi rancangan bual bicara Bisnes Malaysia, Selamat Pagi Malaysia, Dari Parlimen dan menyampaikan berita-berita utama RTM.
Beliau juga merupakan seorang Akauntan dan mempunyai syarikat konsultan pengurusan, Surplus Consulting.