Register ¤ Login
Adakah Ladies Curang Kerana Mereka telah 'dicurangi' Oleh Pasangan Masing-masing
Azue - Sun 24/Jan/10, 10:24pm [Last Comment]

Apa pendapat kalian, dewasa ini semakin ramai isteri 'curang'. Adakah ini terjadi kerana dendam kepada pasangan mereka yang curang atau tidak 'mempedulikan' hati dan perasaan selepas berkahwin maka mereka cuba mencari ketenangan diluar. Mungkin jugak kan.....
  1. Idahbudin - 25 Jan 2010, 1:26am
    jangan di buat!!!!! berdosa besar sayang oooiii......!

  2. Janna 2 - 27 Jan 2010, 9:22am
    Kenapa para isteri atau ladies nak curang pula??? kalau dah tak suka, buat cara dan jalan penyelesaian yg elok, pastu cari lain sebagai pengganti.. Kumbang bukan sekor daaa....

  3. Badrul Shah - 27 Jan 2010, 10:05am
    Alamak... apa curang2 ni.. tak best la... i cadangkan husband/wife pergi honeymoon sekali sekala. Minta tolong kakak/adik/ibu/etc jaga anak2 kejap.

    Honeymoon yg baik akan mengembalikan keseronokan zaman nakal2 ketika bertunang dulu!! (ala... takkan tak ingat.. tangan mula merayap, then kena tepis... hehe.. kadang2 ada gap beberapa saat sebelum kena tepis... hehehe dapat merasa juga...)

  4. Rahman - 29 Jan 2010, 5:38am
    Kalau dibuat graf, mungkin kecurangan berkadar terus dengan exposure di tempat kerja. Dulu2 1980an wanita dirumah lelaki bekerja. jadi lelaki lebih banyak terdedah kpd godaan jadi lelaki lebih banyak curang.

    Sekarang jawatan2 tinggi dan pertengahan banyak dipegang wanita. mereka perlu keluar bersama2 klien, diskus bersama2 klien, ada aktiviti riadah syarikat la weekend, jumpa officer sana, jumpa officer sini.

    Juga bagi cashier/akauntant bank (yg jaga di bhgn counter pelanggan) tu mereka ada akses pd system dan nampak berapa ratus ribu RM atau juta RM seseorang tu ada.

    Jadi godaan wanita2 modern sekarang jauh lebih besar berbanding dgn yg duduk rumah terkurung dulu. Tapi saya tak sokong wanita duduk dirumah sebab mereka akan bergantung sepenuhnya pada suami2. Jika suami curang, mereka akan susah dan menderita.

  5. Suhaimi - 29 Jan 2010, 7:02pm
    Sya setuju zaman skrg ramai isteri yg curang. Dpan mata sya pun ramai. Dunia dh menuju akhir zaman....

  6. City - 30 Jan 2010, 11:54pm
    teringt lagu rossa..hey ladies...

    bait2 mmg kena kan..tp btl lirik tu, klu wanita dh beraksi...mmg dunia hancur.. tu la jd mcm tu

  7. Udin - 31 Jan 2010, 12:44pm
    Apabila Allah menjadikan manusia Allah juga menjadikan bersama kejadian manusia itu undang-undang yang dapat mengawal manusia daripada terjerumus ke lembah kehinaan dan kesengsaraan akibat daripada perbuatan manusia itu sendiri.Terdapat 17 jenis kesalahan yang dihukumkan dengan hukum hudud antaranya hukum bagi mereka yang melakukan penzinaan.Apabila sabit dua kesalahan terdapat dua jenis hukuman bagi dua kategori manusia yang melakukan kesalahan itu ;
    1. Sebat 100 rotan untuk yang belum berkahwin
    2. Rejam sampai mati untuk penzina yang sudah berkahwin

    Kenapakah terdapat perbezaan di dalam hukuman yang di jalankan bagi kesalahan yang sama tetapi dilakukan oleh jenis manusia yang berbeza?
    Sepintas lalu, Ulama’ menggariskan bahawa menghukum mereka yang belum berkahwin jika disabitkan kesalahan dengan 100 rotan adalah wajar sebagai pengajaran bagi mereka yang melakukanya ataupun remaja yang berkeinginan mencubanya. Hukuman sebat ditentukan bagi penzina jenis adalah kerana mereka belum pernah merasa nikmat perkahwinan.Keinginan mereka adalah disebabkan dorongan nafsu yang kadangkala dapat mengatasi fikiran manusia sehingga menjerumuskanya melakukan kesalahan zina.

    Rejam sampai mati pula adalah hukuman yang dijatuhkan ke atas penzina yang sudah berkahwin kerana penzina jenis ini sudah merasai nikmat perkahwinan dan tidak ada alasan yang boleh diterima sebagai kemaafan kerana dikhuatiri tabiat mereka itu akan merosakkan banyak manusia. Rejam sampai mati adalah ubat yang paling mujarab bagi manusia jenis ini.

  8. Hafizarina Hamzah - 05 Feb 2010, 2:02pm
    juz want to share something wit u all..
    Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita? Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.
    Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih. Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya…? Tidakkah ia sama dengan penipuan…? Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati…
    Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan… Dan pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya… Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasanya, hanya masa yang dapat menentukan…
    Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan, anda adalah yang terbaik. Jadilah insan yang boleh membahagaian pasangan kita tanpa rasa jemu. Jika anda dicurangi, jaganlah bersedih ataupun berdendam, tetaplah menjadi yang terbaik. Kerana anda mempunyai maruah diri, jangan samakan diri anda dengan insan yang tidak setia. Anda telah melakukan yang terbaik untuk pasangan anda dengan menjaga keperibadian diri dengan sebaiknya. Mereka tidak pandai menjaga harga diri mereka. Suatu hari nanti mereka akan menyesal dan akan menyedari akan kebaikan yang anda lakukan…
    Tidak penting utk kita ketahui sama ada pasangan kita jujur, ikhlas atau setia dengan kita yang penting Allah tahu kita bagaimana, dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan… Tawakal dan redha lah… setiap kejadian Allah itu pasti ade hikamh disebaliknye.. Allah mguji setiap umatNye mgikut kemampuan diri umatNya itu Allah tidak akan menaniaya umatNya..

  9. Abdul Halim Bin Ali - 07 Feb 2010, 1:06am
    yang penting ada 3K = kejujuran, kepercayaan dan kesetiaan pada pasangan masing-masing.

  10. Habib2010 - 25 Feb 2010, 6:30am
    kecurangan adalah keseronokan yang bersifat sementara..masa tu kite tidak nampak kebaikan pada pasangan kite kecuali buruk belaka kenapa setelah beberapa tahun baru kite nampak keburukan dia..bagi saya SEMUA TU BERLAKU KERNA NAFSU

  11. Roslan 8 - 23 Aug 2010, 1:21am
    curang tetap curang... salah tetap salah....!!!

Page 1                        (Total comments 11)
Your Comment
Email
Password
TipsFree Registration ¤ Lost Password
Disclaimer. Messages posted to our forum, Q&A or public areas are solely the opinion and responsibility of the person posting the message. We does not endorse, support, represent or guarantee the truthfulness, accuracy or reliability of any communications [STATEMENT / REPRESENTATION] posted in the forum or endorses any opinions expressed in the forum. We assumes absolutely no responsibility for the postings and/or its contents. Visitors may post questions, comments and replies without prior review by us, however we reserves the right to delete any postings (in whole or in part) for whatsoever reason. However, the fact that a posting remains on site does not mean that it has been approved or endorsed by us. Your visiting and browsing through this site shall be deemed as your acceptance of this disclaimer.