Register ¤ Login
Facebook Oh Facebook
Azue - Fri 22/Jan/10, 2:54am [Last Comment]

Saya ingin berkongsi pendapat kalian mengenai facebook. Saya telah menemui satu kecurangan yang berlaku bermula dengan facebook.
  1. Salmina - 22 Jan 2010, 8:13am
    dulu2 zaman IRC kecurangan juga berlaku. tapi sebab pengguna IRC budak2 univ, maka 'kecurangan' adalah curang pakwe-makwe je. Sekrg, facebook membolehkan ex-ex schoolmates jumpa semula. maka berputiklah bunga2 cinta lama. Masing2 nak ceritakan betapa tak bahagianya dengan pasangan masing2 sekrg ni.

    hakikatnya, kalau mereka dah kawin sesama rakan sekolah dari awal lagi, pun tak bahagia juga sekrg. Memang adat manusia. Benda yg tak ada, atau jarang2 jumpa yg tu la dipuja2. Benda yg didepan mata tiap2 hari, tak di endahkan dan tak bersyukur terima kasih.

  2. Ita 2 - 22 Jan 2010, 4:11pm
    erm...sy mmg x gemar dgn face book ni...iyer la..mungkin sy ni jenis yg berumur...tp apa yg sy tgk dr face book rakan2 ofis sy...abis sumer rahsia nk diceritakan dalam fce book sampaikan yg dlm kain pun nak buat gebang...apa hal?

  3. Abdul Halim Bin Ali - 22 Jan 2010, 11:00pm
    pada saya..facebook okey...fikirkan yang positif....kita dapat eratkan silaturahim dengan kenalan baru dan yang penting dapat 'menemui' semula rakan2 atau saudara2 lama yang mungkin telah terpisah jauh. kalau 'orang lain' mengambil kesempatan daripada kecanggihan facebook....terpulang pada individu itu sendiri. teknologi kini tidak boleh dibendung atau disekat ...hanya yang bijak akan memanfaatkannya.

  4. Azue - 24 Jan 2010, 11:42am
    Saya amat setuju dengan Salmina. Dunia sekarang tidak perlu bersua muka lagi ....Jika ada suami/isteri yang 'terkantoi' siap bersumpah tak pernah pegang tangan, jumpa atau dating. Tapi dia tak tau yang bercinta di alam syber lagi merbahaya,itu juga menunjukkan kecurangan telah wujud. Anak dan isteri dibiarkan terkontang kanting sedangkan dia sedang mewujudkan kebahagiaan sendiri di depan komputer. Mula-mula bertanya khabar, lepas tu timbul bibit rindu, cinta dan bla-bla...Lepas tu dah pandai tipu isteri.
    Saya juga setuju dengan En.Abdul Halim Bin Ali...bukannya saya anti teknologi..tapi orang kata berpada-pada lah...kalau dah 24 jam asyik nak tengok tanaman, cafe (game),maklumat terkini kawan-kawan,chatting...itu memang menguji kesabaran.Agak-agaknya dimanakah kebahagiaan di dalam sesebuah rumahtangga kalau suami/isteri dengan dunia maya masing-masing..Oleh itu, BERHATI-HATILAH SEBELUM MEMULAKAN/MELAKUKAN SESUATU. Moral of the story PEKALAH PADA KEADAAN SEKELILING ANDA

  5. Badrul Shah - 27 Jan 2010, 9:57am
    Alamak... camana i boleh miss topik ni.... facebook dah bazirkan berjam2 masa i tiap2 hari... dan boleh jumpa awek2 lama. Dan girls satu sekolah yg tak berani nak tegur dulu (ustaz tak bagi lelaki borak2 dgn girls di asrama dulu2), sekarang dah boleh berborak2.

    Facebook juga tempat i ambik gambar depan rumah baru i, dan juga depan kereta baru i, then i kata 'alamak kereta i kena tahi burung' tapi sebenarnya i saja nak tayang apa yg i baru beli!!

    Biar girls2 yg liat nak di usha dulu2 menyesal, apasallah dorang tak kahwin dgn i, melepas hidup bahagia penuh gumbira.. hehe...

  6. Laduni - 27 Jan 2010, 1:58pm
    Baik buruknya facebook ni sebenarnye.. bergantung kepada kita yang menggunakannya (tepuk dada tanya selera).. tapi nampak gayanya.. macam lebih banyak buruk daripada baik..

  7. Safiah 3 - 28 Jan 2010, 6:01pm
    setuju dengan Laduni..bergantung kepada pengguna. Apa yang hendak dicari dan apa yang hendak dihebahkan. Golongan muda yang banyak menghabiskan masa di alam maya ni. . sedih sebab yang remaja tak tahu nak beza yang mana baik dan mana tidak.. ada yang tayang body untuk keseronokan dan bermegah-megah!

  8. Rahman - 29 Jan 2010, 5:44am
    Saya dah register tapi tak aktif dlm facebook. Mark Zuckerberg si pengasas tu adalah org bangsa y*h*d. I nak kurangkan kebergantungan kpd kaum2 bukan islam yg jelas nak menggugat islam.

    Secara jujurnya saya lebih banyak nampak masa dibazirkan. Tapi mungkin akan berubah dan menjadi platform untuk bisnes tak tahu lah pulak nanti.

  9. City - 31 Jan 2010, 12:01am
    saya guna facebook untuk erat kembali dgn kawan2 lama, sama2 dari sek rendah, sek men n zaman2 uni n alam pekerjaan pn ade. citer dlm kain??itu dia s'diri yg buka pekung, bs yer org hy ty khbr n perkembangan..tp klu niat x baik tu yg jd lain..

    to en rahman:sy b'pegang kata para penceramah/ulama Islam ini mudah, jgn kita merumitkan... n facebook benar jd platform bisnes untuk org bisnes dr rmh

  10. Rahman - 31 Jan 2010, 5:55am
    City -> saya setuju kata2 ulama 'jangan merumitkan keadaan'. Tapi saya seorang yg memerhati dan menilai.

    Sewaktu menanti rombongan pengantin di satu R&R selama 3 jam. Saya perhatikan tabiat pembeli.

    Kesemua (ya.. kesemua) pembeli bangsa c*n* membaca papantanda gerai. Mereka hanya membeli brg dari gerai2 c*n* shj. Anda dapat melihat kepala2 mereka mendongak keatas mencari nama pemilik kedai.

    Kesemua bangsa m*l*y* atau islam main taram je. langsung tak cek pemilik gerai. mereka beli gerai first yg mereka nampak & suka.

    Dalam kes facebook, ada banyak lagi alternatif lain. Kita perlu juga sekali sekali mendongak keatas melihat pemilik 'gerai' facebook ni. Lagipun facebook bukan keperluan hidup. hanya 'kehendak' shj. Keperluan dan kehendak mempunyai cara menangani yg berbeza.

    Kerana tiada pemikiran 'bersatu' sesama bangsa/agama ni lah yg menyebabkan org m*l*y* atau islam lemah.

    Kerana tiada pemikiran 'takutkan penguasaan y*h*d*' ni lah org2 islam bergantung sepenuhnya kpd USA dan Israel seumur hidup mereka.

    Jangan lupa Ulama2 ni hanya org yg tahu angkat senjata shj bila terdesak untuk berjihad. Mereka tidak tahu bahawa peperangan ekonomi lebih penting dari peperangan senjata.

    Mari kita berjihad ekonomi dgn memulaukan barang2 produk /servis org2 Y*h*d*.

    Jikalau keperluan (contoh injap jantung mechanical utk pembedahan kritikal) buatan Y*h*d* yg terpaksa dibeli, maka barulah saya akan membelinya.

  11. Azue - 31 Jan 2010, 4:33pm
    Seperti yang Laduni katakan banyak buruk daripada baiknya. Disini saya dapat bezakan sesiapa yang memang ceburi game atau chatting dalam facebook memang akan menyokong sepenuhnya 'kewujudannya' tetapi sesiapa yang teliti akan akibatnya memang kurang menyokong....

  12. Jomshoping - 03 Feb 2010, 3:33pm
    jika kita orang Islam yg beriman, kaya dan berharta, sudah semestinya kita membelanjakan harta itu ke jalan Allah SWT

    dan tidak terfikirkah kita sekiranya Yahudi yang kaya ini membelanjakan hartanya ke arah mana?

    adakah sy terlalu paranoid memikirkan sesuatu tanpa bukti? atau adakah sy memikirkan sesuatu di luar kotak?

  13. Noorjehan Abdul Gaffoor - 05 Feb 2010, 11:09am
    facebook untuk orang yang ada masa je,yang bz tu jangan susahkan diri .apasalahnya berkongsi pendapat atau pandangan dlm face book ni asalkan yang mendapatkan kebaikkan kalau yang buruk buruk tu takyahlah cerita buang masa je .fikirkan positif pasti yang baik baik je yang dtg dlm pemikiran .

  14. Najima - 08 Feb 2010, 11:56am
    jangan salahkan mana2 pihak..setiap kesalahan datang dari diri kita sendiri,disini saya tak la pro n kontra gan facebook ne..ada masanya baik juga untuk kita berkomunikasi dengan teman2 lama ataupun teman2 baru..tak salah jikalau berkongsi pendapat dan cadangan..terpulanglah kepada individu itu sendiri macam mane hendak menjadikan facebook ini negatif atau positif..

  15. Sha Sharif - 17 Feb 2010, 4:43pm
    Saya bertemu dan berkenalan dengan cik abang di halaman facebook dan alhamdulilah kini telah memasuki tahun kedua kami bersama. Actually facebook okay cuma kita kena berhati-hati dan jangan terlalu taksub. Baik dan buruk ada dimana-mana dan ia juga bergantung pada niat dan hati.

  16. Sarah 7 - 17 Feb 2010, 11:47pm
    i pun x suka facebook nih.. mengundang bahaya yg x diduga.. kalau dh hari2 ngadap smpai 2-3 jam, anak bini dibiar terkontang2, apa faedahnya???

  17. Pitih Laju - 25 Feb 2010, 11:51pm
    Salam...
    Facebookni melalaikan...jadi setiap erkara yang melalaikan...hingga lupa tanggungjawab...akan jadi HARAM, HARUS...bila nak menyampaikan maklumat berfaedah, dan menjadi WAJIB bila nak menyiarkan dan mengembangkan ISLAM... Jadi pililah di mana yang korang suka...Bagi saya ,memang saya tak suka....FACEBOOK...sbb sudah banyak disalahgunakan.... Saya HARAMkan isteri saya buka facebook...kerana peringkat permulaan ok...ikut perintah...tapi dah sampai melaratduk layan kekawan zaman sekolah..hingga terabai kewajipan...sembahyang...makan minum suami....maka saya HARAMKAN>>>>>>>k

  18. Abdul Halim Bin Ali - 03 Mar 2010, 3:47am
    kalau dah sampai melalaikan dan meninggalkan suruhanNYA yang WAJIB..dah jatuh HARAM le tue...tapi yang penting think +ve whatever we do....memang susah nk cari orang yang betul2 "perfect" dapat memanfaatkan kedua2nya...

  19. Ayien - 04 Mar 2010, 4:52pm
    Saya setuju dengan pitih laju. Dulu pun saya nak tahu apa itu Facebook, tp lama kelamaan ianya melalaikan. Kehidupan kita terdedah kepada semua orang. Kita ingat biasa2 saja tapi mungkin ada yang 'terasa' dari apa yang telah kita dedahkan. Sbb kenalan ada pelbagai peringkat. Jadi, tak semua boleh dilayan sama. Saya dan suami tiada facebook. Adil!

  20. Yati 10 - 02 May 2010, 5:20pm
    sy pula, jadi kan facebook sebagai medium utk berbisnis..

    Alhamdulillah, berpotensi utk dpt customer...smpi dah ada pelanggan tetap, dealer d beberapa buah negeri set cadar comforter...

    boleh kenali sy d facebook... Hayati Ellen Tiong atau layari blog sy, http://bizniagalaris.blogspot.com

  21. Hellibra2 - 12 May 2010, 11:56am
    Salam, saya pun ada FC tapi taklah layan sampai berjam2, setakat 10-15 minit sekali tengok dah ler. Tapi FB tak salah, pengguna kena pandai, jgnlah citer hal peribadi pun nak share dgn org! Cari biznes Ok. Lain kata, guna berhemah dan berhati2. Memang site ini dipantau oleh pihak2 tertentu, jadi berhati-hatilah.

Page 1                        (Total comments 21)
Your Comment
Email
Password
TipsFree Registration ¤ Lost Password
Disclaimer. Messages posted to our forum, Q&A or public areas are solely the opinion and responsibility of the person posting the message. We does not endorse, support, represent or guarantee the truthfulness, accuracy or reliability of any communications [STATEMENT / REPRESENTATION] posted in the forum or endorses any opinions expressed in the forum. We assumes absolutely no responsibility for the postings and/or its contents. Visitors may post questions, comments and replies without prior review by us, however we reserves the right to delete any postings (in whole or in part) for whatsoever reason. However, the fact that a posting remains on site does not mean that it has been approved or endorsed by us. Your visiting and browsing through this site shall be deemed as your acceptance of this disclaimer.