Register ¤ Login
Ibu Mertua
Ayien - Mon 8/Mar/10, 10:27am [Last Comment]

Banyak saya lihat ibu mertua 'overdose' suka masuk campur urusan anak2 menantu macam la dia hebat sangat jaga suami. Nak menantu jaga anak dia macam raja. Baru2 ni ada kawan saya bercerita mengenai bekas bapak mertuanya yg berumur 60-an sudah keluar rumah dan menyewa sebuah rumah bersama isteri baru yg berusia 25 tahun, org Thailand. Ramai yg mengenali mereka mentertawakan si bekas ibu mertua kerana mulutnya yg bising, sombong dan berlagak akhirnya kena cerai juga. Dulu dia jadi batu api sehingga anaknya bercerai berai. Sampe sekarang anaknya tu tidak berkahwin. Sudah menjangkau usia dekat 40-an dan beranak 5. Konon2 nak cari yg kaya-raya. Kdg2 bila saya fikir kenapa yg tua2 ni suka merosakkan emosi yg muda2 apa yg mereka dapat. Mereka lupa setiap apa yg mereka buat tu pasti ada balasan.
  1. Sha Sharif - 08 Mar 2010, 10:31am
    Ayien, setiap ibu mahukan yang terbaik untuk anak2 dia. Mungkin salah anak juga suka mengadu itu dan ini. yang ini tak betullah yang tu salahlah.. suma tu buatkan si ibu risau anak teraniaya dan mula rasa dia perlu melakukan sesuatu agar si anak rasa selesa dan terjaga.. Alahaiii la anakku sayang ;)

  2. Ayien - 08 Mar 2010, 10:42am
    Bab anak suka mengadu ni memang saya setuju. Masa mengadu hati tgh sakit tetapi apabila sejuk.. orang pulak sakit hati tengok. Saya ada satu lagi kes, semasa hidupnya si suami anak mak, mengadu itu dan ini tanpa pengetahuan si isteri. Tetapi kedinginan keluarga suami melayan isteri mula dapat rasa. Dan tidak lama kemudian si suami meninggal dunia akibat sakit jntung. Mak mertua ni tadi boleh halau isteri dari rumah dan bertahu ambillah apa kau mahu. Habis duit gaji, insuran, khairat kematian dia ambil. Sampai sanggup tandatangan di hadapan pesuruhjaya sumpah mengatakan si arwah tidak meninggalkan isteri. Bayangkanlah bagaimana perasaan kehilangan suami dan tempat tinggal. Sepatutnya dia jaga menantu masih dalam edah balu. Tetapi balasannya, 3 bulan kemudian suami/bapa mertua pula meninggal dunia. Barulah dia stop dari menyambung usahanya untuk membelot kesemua harta yg ditinggalkan dan lebih menyedihkan dia pula terpaksa membayar balik kepada si menantu apa yg telah diambil.

  3. Sha Sharif - 08 Mar 2010, 10:55am
    Tu la pasalnya. Sepatutnya masalah tak puas hati dengan pasangan ni kenalah bawak berbincang. Kalau boleh jangan sampai orang luar tahu yang kita bermasalah hatta anak-anak kat rumah. Bila jadi macam ni tak ada sesiapa yang untung malahan rugi je yang lebih. Satu tips yang bole sha cadangkan, lepas kawin duduklah sejauh yang mungkin dari keluarga dan adik beradik. ( US ke, UK ke ;) hehe) sebab bila jauh ni susah sikit nak mengadu. Nak call pulak mahal. So bila jadi mcm tu suami atau isterilah tempat mencurah perasaan. Suka dan duka. Makanya hubungan menjadi makin rapat dan perasaan saling memerlukan menjadi makin tebal sebab tak ada sapa lagi yang bole diharapakan selain pasangan. tak gitu?

  4. Ayien - 08 Mar 2010, 11:03am
    Tapi sha, dari apa yg saya lihat ibu mertua yang overdose ni ada sifat cemburu juga. Dia ada masalah dengan suaminya, dia cuba nak cucuk or lepaskan pd anak2. Dia xdpt dari suaminya dia cuba dapatkan dari anak2. Pendek kata dia macam ketam la yg cuba nak mengajar anaknya.

  5. Sha Sharif - 08 Mar 2010, 1:03pm
    Ala Ayien.. biasa la tu. Macam kita jugak la. Bila merajuk dengan suami, lari jap kat bilik anak(konon2 nak bermanja dengan anak2 la pulak) yang penting kita ni kena bijak memainkan peranan. Berlakon pun kena pandai gak. kalau suami mengadu pasal mak dia jangan kita cucuk jarum secara terang.. kita buat2la konon kita sokong mak mentua.. kalau selalu buat mcm tu sure hubbie tak caya kalau mak mentua mengadu apa2 pasal kita sebabnya kita dah cucuk jarum dulu.. hahaha..
    Apapun Ayin, kalau mak mentua sha senang jer.. umpan sikit ngan shopping2, makan2 kat luar n bawak bcuti sekali dua diam la dia..

  6. Lina 16 - 08 Mar 2010, 2:45pm
    Ubat yang paling mujarab ialah 'sabar'. Menantu sabar dengan mak mentua, mak mentua sabar dengan menantu... Walaupun perit tetapi mujarab... ..Insya Allah...p/sNak ubah sikap manusia memang susah..

  7. Ayien - 08 Mar 2010, 4:05pm
    Btul Lina 16. Nak ubah memang susah. Masalah saya ialah susah nak mesra dgn orang, dengan ibu saya sendiri saya tidak mesra macamana nak berlakon mesra dengan ibu mertua. Ibu saya dah kenal anaknya tetapi ibu mertua tidak lagi. Bak kata suami saya, apa yg ada dlm hati saya dia tak nampak. Saya memang pemalu, dulu pernah nak honeymoon kali kedua dgn arwah suami tapi dia p ajak 3 kereta keluarganya ke Spore. Saya merajuk. Susah nak dpt peluang berdua dia p ajak satu pasukan bola. Skang dah meninggal xdpt nak honeymoon. Tapi Allah tu maha kaya dikurniakan pengganti, dpt suami baru honeymoon je.. dah berkali2. Ibu mertua yg baru ni pun xheran dia pun dah round the world dgn suaminya. Agaknya keluarga susah pd mereka seronok dpt menumpang, tetapi pada keluarga senang dia tak tanya pun.

  8. Sarah 7 - 08 Mar 2010, 11:52pm
    alhamdulillah... ibu mertua saya amat memahami saya dan anak2nya...

  9. Merc - 13 Mar 2010, 11:23am
    ...yes...topik Ibu Mertua ni subjektif...kena tinjau dr berbagai sudut...ibu mertua ni sebenarnya suatu cabaran utk isteri pihak lelaki ye...bagi pihak suami amacam buruk pun tetap ibunya..yes walaupun perselisih faham...kata2 or salah sangka...biasa tempat2 selain tempat bandar...kena tengok life stlye di mana kita berada...yg pelik ni...hati x syok...susah nak terima cabaran ni terutama yg stay bersama or berhampiran...kalau bertembung dgn kes mertua cam ni..ai yooo...parah...silap2 suami jadi sasaran mengadu..n jika isteri komen pihak ibunya apa buruk atas nama...then sure suami pendam rasa x syok...ni memang lumrah fmly life...kdg2 memang sakit hati...sebab kita rasa feeling susah terima suasana dr back ground fmly berlainan...kalau jarang bertemu mungkin ni dapat mengeratkan lagi rasa kasih sayang drpd pergeseran timbul..macam2 kategori ibu mentua ni...bukan semua can +- macam bermasaalah...ni kerana ibu mentua ni mind x open dr segi pergaulan...terlalu free n fokus pd benda2 yg x happening...kdg2 pengaruh surrounding...x berapa educated just ramalan je...ooh yes...zaman moden i t ni berbeza ye...isteri yy ramai power2 ade $$$ career pun ok dr suami...hargai apa jua trouble....yes belajar dr sini ;...ops ni utk syorkan jika suami or isteri yg berminat biz ...boleh download di sini ,,,yes is free...jgn pening2 pasal ibu mertua...just cari peluang $$$$ mana tau rezeki d sini...yes download now n print utk panduan in future...yes...;

    http://www.perniagaanmalaysia.com/index.php?ref=yes

    http://dot-my.com/index.php?ref=yes

    ...apa2 misunderstanding dgn ibu mertua bagaikan x jaga tepi kain org..x perlu simpan lah d hati...relax..think + ...give n take...lambat laun ni semua ...yes will reda ... x guna argue who is right or wrong...human biasalah...no body is perfect...just luahkan lepas tu yg lepas..lepas lah ...let go je n b happy always.

    *** oh yes ...penting sabar..masa akan menentukan segalanya...tapi isteri harus memahami situasi suami n sebaliknya juga suami mainkan peranan ...bukan jadi yes man utk ibu je...pandai2 lah...n isteri cuba bantu suami...jgn kerap korek2 or ungkit perkara2 sejarah2 lepas either fmly trouble... terutama yg tersinggung hati..x baik...waktu mlm tidur x lena...mandi x basah...makan x selera...nak bercumbu sex x enjoy...life become boring...so yes ... sama2 kita saling memahami....1 Malaysia mahhh...

  10. Khuzaimah - 13 Mar 2010, 4:41pm
    entahla ayien,,pasal mak mertua ni kadang2 pening dibuatnya....tapi baguslatu ayien,Allah dah gantikan dengan yang terbaik,mungkin berkat kesabaran dulu kot...

  11. Ayien - 14 Mar 2010, 8:46am
    Alhamdulillah.. ibu mertua saya sekarang memang best. Harap2 sampailah ke akhir hayat kami hubungan baik. Saya fobia sebenarnya dengan bekas ibu mertua. Saya dengan dia baik2 sahaja, tidak pernah berkasar. Dia sampai tinggal wasiatlah pada saya untuk anak2 prempuan dia 3org. Tapi bila ex husband kawin satu lagi tiba2 ibu mertua saya berubah. Al maklumlah org nak kawin lain takkan nak kata isteri pertama tu bagus, macamana nak 'lulus' dapat kawin lain kan. Mak dia pasti marah. Jadi bekas ibu mertua saya percayakan anak dia, takkan nak mengaku anak sendiri burukkan, mestilah anak org yang buruk. Entahlah, saya doakan mereka dan keluarga mereka dapat hidayah dan pertunjuk. Saya redha dgn hidup saya. Pengalaman lalu banyak memberi keinsafan dalam diri saya.

  12. Ila 4 - 22 Mar 2010, 1:57pm
    Pada saye jgn kate ibu mertua.. dlm rumah tangga x boleh ade org ke-3.. lambat laun bergoyang jgak. tpi slalunye mmg mak mertua yg suka sibuk2 hal anak2.. si suami pula serba salah nak belah mak ke belah isteri.. last2 diam kan diri. yang makan hati tentunye isteri..

  13. Putra Aduka - 17 May 2010, 7:41pm
    sy xder ibu mertua :(

Page 1                        (Total comments 13)
Your Comment
Email
Password
TipsFree Registration ¤ Lost Password
Disclaimer. Messages posted to our forum, Q&A or public areas are solely the opinion and responsibility of the person posting the message. We does not endorse, support, represent or guarantee the truthfulness, accuracy or reliability of any communications [STATEMENT / REPRESENTATION] posted in the forum or endorses any opinions expressed in the forum. We assumes absolutely no responsibility for the postings and/or its contents. Visitors may post questions, comments and replies without prior review by us, however we reserves the right to delete any postings (in whole or in part) for whatsoever reason. However, the fact that a posting remains on site does not mean that it has been approved or endorsed by us. Your visiting and browsing through this site shall be deemed as your acceptance of this disclaimer.