Register ¤ Login
Mana Lebih Baik...bercinta Selepas Atau Sebelum Kahwin?
Noorhaniza Bt Sinidol - Tue 26/Jan/10, 9:52pm [Last Comment]

Saya memang xde jwpn tepat ttg perkara ni kerana ia adalah dua keadaan yang berbeza di mana masing2 mempunyai kebaikan dan keburukan. Jika di tanya pada saya, pilihan saya adalah bercinta sebelum kahwin. Kenapa? Saya ingin mengenal hati budi pasangan saya, seterusnya membina kehidupan bersamanya.
Ada juga yang bertanya, dalam islam boleh ke bercinta?
Kenapa tidak..?? Islam menggalakkan kita bercinta dan berkasih sayang asalkan kita tahu dan patuhi hukum dan batasan.
Jadi...jawapan anda...?
  1. Salmina - 27 Jan 2010, 9:20am
    kalu bcinta lepas kawin, maksudnya pasangan kita tu mak/bapak kita le yg carikan. sebenarnya my sis yg sulung seorang cikgu kawin dgn another cikgu, ditemukan oleh mak-bapak both sides. Sampai sekarang dah 17 thn dan anak dah ambik PMR, masih still maintain (walaupun badan masing2 dah berisi ya amat..)

    Tapi i tak boleh terima camtu. I nak i yg cari sendiri pasangan i, barulah 'bahagia'.

  2. Badrul Shah - 27 Jan 2010, 9:45am
    Salmina.. Apasal perkataan bahagia tu dalam quotes 'bahagia'. maksud dia lain tau!!

  3. Salmina - 28 Jan 2010, 9:29pm
    yelah.. kadang2 bahagia, kadang2 nak marah pun ada dgn perangai. Anak dah makin besar. Dia kadang2 banyak habis masa memancing la, golf la, jom teh tarik dgn kawan2 lah. Anak2 tinggal dirumah. Sepatutnya semakin lama kahwin, semakin suami memahami. Bukan semakin nak lari dari rumah. Lari dari tanggungjawab. Macam panas bontot duduk dalam rumah.

  4. Rahman - 29 Jan 2010, 5:28am
    Org yg bercinta lepas kahwin, setelah ditemukan oleh kedua2 ibubapa adalah mereka2 yg terdiri dari org2 yg mudah, lurus budi pekerti dan tak suka melawan atau memberontak. Mereka ni juga biasanya tak suka lepak2 disko sampai tgh malam. So i rasa golongan 'bercinta lepas kahwin' ni mesti kekal lebih lama drp org yg berjumpa cara2 lain. (just my opinion je...)

    I bercinta sebelum kahwin, jumpa di univ lagi. Tapi tak heavy pun. Tak penah pegan2 tangan. Tak penah naik moto berdua. Tak penah dating bedua mesti ada org ketiga samada adik saya atau adik dia. Sekarang dah banyak tahun bkahwin dan ada anak dan alhamdulillah ok lagi Insyaallah.

  5. Farah 8 - 30 Jan 2010, 3:02pm
    bercinta sebelum berkahwin pun tak salah, bercinta selepas berkahwin pun tak salah. asalkan cinta tu biar sampai hujung nyawa. hanya pada yang satu. bezanya kalo bercinta sebelum berkahwin, biarlah jaga adab & larangan agama.

  6. Latifah Binti Idris - 19 Feb 2010, 9:29pm
    Nak cari jodoh yang aman kena Istikharah dulu,buruk baik pekertinya InsyaAllah mesti sesuai dengan kita. Sebab kita dah serah bulat-bulat tapi bukan sekali tau. Teruskan sampai mati... Pasti tak akan merana. Bila di lamar nanti kena banyakan doa kalau dia tak sesuai mesti ada sebab tiba-tiba saja tak jadi, jangan pula risau tunggu Hikmahnya... k..

  7. Abdul Halim Bin Ali - 03 Mar 2010, 3:56am
    bercinta sebelum berkahwin : rugi tak rasa nikmat cinta tue..mcm sy sebelum kawin ramai aweks ...daripada 8 aweks ..yang ke-8 baru jadi bini. alhamdulilah..bahahia sampai sekarang.....bila tefikir cerita lama..nak tegelak dan terharu pun ader....tegelak bila fikir mcm2 ayat nak mengayat....terharu ..aweks2 yang tepaksa di 'clashkan'.....apaun becinta memang sadiss

  8. Diyla - 17 Mar 2010, 1:42pm
    cinta selepas menikah lagi dan nikmat xterperi......yang terlarang dah terhalal....

    fikirlahhhhhhhhh

  9. Yati 10 - 16 Jun 2010, 9:06pm
    sy tergolong bercinta selepas khawin... sy dan suami adalah mualaf... kitaorg berkenalan pun di kelas Saudara Baru Daerah Johor Bahru.. kita satu kelas, iaitu kelas Al-Quran. Kitaorg x pernah keluar dating berdua-duaan, sehinggalah selepas akad nikah.. alhamdulillah, kami bahagia dengan kehidupan kami skrg, dgn cahaya mata 2 orang...

Page 1                        (Total comments 9)
Your Comment
Email
Password
TipsFree Registration ¤ Lost Password
Disclaimer. Messages posted to our forum, Q&A or public areas are solely the opinion and responsibility of the person posting the message. We does not endorse, support, represent or guarantee the truthfulness, accuracy or reliability of any communications [STATEMENT / REPRESENTATION] posted in the forum or endorses any opinions expressed in the forum. We assumes absolutely no responsibility for the postings and/or its contents. Visitors may post questions, comments and replies without prior review by us, however we reserves the right to delete any postings (in whole or in part) for whatsoever reason. However, the fact that a posting remains on site does not mean that it has been approved or endorsed by us. Your visiting and browsing through this site shall be deemed as your acceptance of this disclaimer.